JENIS PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

 

::: Syarat-syarat Penilaian dan Peperiksaan:::

 

1. Mendaftar Kursus

2. Memenuhi peraturan kehadiran (melebihi 90%).

3. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.

4. Mendapat kelulusan Pengarah BMKPM dan Pengarah Kolej Matrikulasi bagi kes-kes tertentu.

::: Sistem Penilaian:::
 
Pencapaian akademik pelajar bagi Program Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES) akan dinilai berdasarkan:
a) Penilaian Berterusan (PB).
b) Ujian Penilaian Sumatif (UPS).
c) Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).

Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.

UJIAN PENILAIAN SUMATIF & PENILAIAN BERTERUSAN  

- Dilaksanakan sepanjang semester iaitu bermula dari hari pertama kuliah hingga hingga hari akhir pengajian bagi setiap semester.

- Pecahan Wajaran Penilaian

a) Subjek Teras pecahan wajaran penilaian adalah 20% UPS dan 40% PB

b) Subjek Wajib pecahan wajaran penilaian 100% melibatkan PB sahaja.

 

- Ciri-ciri yang diambil kira:

1. Tugasan tutoran.

2.  Kuiz / Ujian.

3. Kertas kerja.

4. Amali.

5. Kehadiran

6. Lain-lain

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

- Peperiksaan ini diadakan pada penghujung/akhir setiap semester sesi pengajian.

- Peperiksaan dijalankan dalam masa 2 jam bagi setiap kursus.

- Markah bagi matapelajaran teras adalah 40%.

- Soalan dan pemarkahan dijalankan secara berpusat. 

Nota:

(*)  Semua maklumat adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan.