JENIS PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
::: Syarat-syarat Penilaian dan Peperiksaan:::
1. Mendaftar Kursus
2. Memenuhi peraturan kehadiran (melebihi 90%).
3. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
4. Mendapat kelulusan Pengarah BMKPM dan Pengarah Kolej Matrikulasi bagi kes-kes tertentu.
Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.
UJIAN PENILAIAN SUMATIF & PENILAIAN BERTERUSAN
- Dilaksanakan sepanjang semester iaitu bermula dari hari pertama kuliah hingga hingga hari akhir pengajian bagi setiap semester.
- Pecahan Wajaran Penilaian
a) Subjek Teras pecahan wajaran penilaian adalah 20% UPS dan 40% PB
b) Subjek Wajib pecahan wajaran penilaian 100% melibatkan PB sahaja.
- Ciri-ciri yang diambil kira:
1. Tugasan tutoran.
2. Kuiz / Ujian.
3. Kertas kerja.
4. Amali.
5. Kehadiran
6. Lain-lain
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)
- Peperiksaan ini diadakan pada penghujung/akhir setiap semester sesi pengajian.
- Peperiksaan dijalankan dalam masa 2 jam bagi setiap kursus.
- Markah bagi matapelajaran teras adalah 40%.
- Soalan dan pemarkahan dijalankan secara berpusat.
Nota:
(*) Semua maklumat adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan.